Berbagai aktivitas umat Muslim di bulan Ramadan akan mendatangkan segala berkah pahala dari Allah SWT. Untuk itu banyak kegiatan yang dilakukan oleh berbagai institusi, agar suasana Ramadan lebih hangat dan bermanfaat bagi umat Muslim di dun

[Sassy_Social_Share]

Berbagai aktivitas umat Muslim di bulan Ramadan akan mendatangkan segala berkah pahala dari Allah SWT. Untuk itu banyak kegiatan yang dilakukan oleh berbagai institusi, agar suasana Ramadan lebih hangat dan bermanfaat bagi umat Muslim di dun

[Sassy_Social_Share]

YBhg. Ahli-ahli Senat,

Sidang hadirin yang dihormati sekalian.
Sesungguhnya penganugerahan ijazah kehormat ini adalah satu penghormatan yang tinggi kepada diri saya kerana ia dianugerahkan oleh universiti teknikal pertama di Malaysia. Saya berasa syukur dan terharu kerana sumbangan saya selama ini dalam pendidikan ilmu teknologi maklumat, mendapat pengiktirafan dari pihak luar, iaitu negara Malaysia. Untuk itu, saya merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kerana menganugerahkan kepada saya Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Pendidikan Teknologi Maklumat.

Sebenarnya UTeM bukanlah suatu tempat yang asing kepada saya kerana kerjasama antara kedua-dua universiti ini sudah terjalin sejak 2008 lagi.  Malah, konvokesyen kali ini juga bukanlah yang pertama bagi saya kerana sebelum ini, saya juga hadir sebagai tetamu kehormat bagi meraikan graduan UDINUS yang berjaya merangkul ijazah dari UTeM.

 

Alhamdulillah, hasil sambutan hebat yang diberikan warga Indonesia yang dahagakan ilmu, serta berkat doa daripada mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan saya, akhirnya saya berupaya meluaskan lagi cawangan ke beberapa kota besar di Pulau Jawa. Saya juga sentiasa yakin dengan pertolongan Allah SWT dan percaya lambat laun usaha saya akan mencapai kejayaan. Ibarat kata pepatah Melayu `jikalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’. Saya memberanikan diri untuk mengambil pelbagai risiko dalam usaha memajukan lagi pusat komputer ini. Setelah melalui pelbagai halangan dan dugaan, akhirnya Universiti Dian Nuswantoro (UDINUS) berjaya ditubuhkan. Kewujudan UDINUS juga sebenarnya memberi peluang kepada warga bangsa Indonesia untuk memajukan diri mereka, khususnya dalam bidang teknologi maklumat.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian.
Sebelum mengundur diri, sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa anugerah ini sebenarnya memberi peluang kepada saya untuk mengundang pihak universiti lain dan badan korporat yang hadir ketika ini untuk bersama-sama memajukan ilmu teknologi maklumat serta sains dan teknologi, seterusnya mendapatkan keuntungan darinya. Sebagai usahawan, saya juga tidak boleh lari dari prinsip untung dan rugi kerana ia sebenarnya memastikan UDINUS mampu berdiri kukuh di sisi universiti lain, termasuklah dengan UTeM.

Rasanya tidak lengkap jika saya tidak LAGI berpantun pada majlis ini. Untuk itu, saya akhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun dan pantun ini ditujukan buat UTeM serta kepada semua hadirin yang hadir pada hari ini.

Kota Semarang tempat kelahiran,
Di UDINUS pula mencurah bakti.
Kepada UTeM terima kasih saya ucapkan;
Kerana anugerah yang diberi.

Rektor Udinus menerima doktor kehormatqn dari malaysia